Hey ! korg dah masuk blog Candles Cutiepie! Selamat datang dan selamat membaca. Follow jika sudi !
My Thought Unspoken: Tujuh Keajaiban Dunia Purba

Friday, February 3, 2012

Tujuh Keajaiban Dunia Purba

Berikut disenaraikan hasil binaan yang digelarkan tujuh keajaiban mengikut tarikh binaan:
KeajaibanTarikhPembinaMusnahPunca
Piramid Agung Giza2650-2500 SMMesirmasih wujudN/A
Taman Tergantung Babylon600 SMBabyloniaselepas abad pertama SMgempa bumi
Kuil Artemis di Ephesus550 SMLydiaParsiYunani Purba356 SMterbakar
Berhala Zeus di Olympia435 SMYunani purbaantara abad ke-5 dan ke-6 Mterbakar
Makam Maussollos di Halicarnassus351 SMParsiYunani Purbasebelum 1494 Mgempa bumi
Patung Raksasa Rhodes292-280 SMYunani Hellenistik224 SMgempa bumi
Rumah Api Iskandariahabad ke-3 SMMesir Hellenistik1303-1480 Mgempa bumi
Senarai asal Antipater mempunyai Pintu Gerbang Ishtar dan bukan Rumah Api Iskandariah. Perubahan kepada senarai di atas berlaku pada abad ke-6 Masihi. Dari senarai tersebut, hanya satu sahaja yang masih bertahan dan wujud hingga kini iaitu binaan yang paling lama — Piramid Giza. Yang menariknya, dua dari keajaiban itu iaitu Kuil Artemis dan Berhala Zeus musnah dimamah api manakala tiga yang lain iaitu Rumah Api Iskandariah, Patung Raksasa Rhodes dan Makam Maussollos telah musnah akibat gempa bumi. Manakala kewujudan Taman Tergantung Babylon masih belum dapat dipastikan dengan jelas.














❀◕ ‿ ◕❀ SHARING IS CARING ❀◕ ‿ ◕❀

0 comments:

Post a Comment


Segala yang tercatat di atas adalah milik blog ini.Namun sesetengah entry diambil dari beberapa sumber rujukan.