Hey ! korg dah masuk blog Candles Cutiepie! Selamat datang dan selamat membaca. Follow jika sudi !
My Thought Unspoken: HEALTH TIPS
Showing posts with label HEALTH TIPS. Show all posts
Showing posts with label HEALTH TIPS. Show all posts

Monday, June 4, 2012

Putihkan Gigi Di Rumah !

  
Masalah gigi kuning boleh membuatkan seseorang tidak yakin terhadap diri sendiri apabila berhadapan dengan orang lain. Bila search kat google cara nak putihkan gigi, 80% mengatakan masalah gigi kuning dapat diatasi dengan Baking Powder yang dicampurkan dengan cuka / air limau..
Pasti ramai yang telah mencuba kaedah ini untuk memutihkan gigi.. Teknik ini cukup popular kerana dianggap murah berbanding mendapat rawatan gigi di klinik. Tindakan bleaching ini sebenarnya boleh memberikan kesan buruk kepada gigi anda.Baking powder bertindak menghakis gigi..Tak percaya? korang boleh try sendiri kat rumah. Campurkan 1/4 baking powder, 1 sudu cecair pencuci dan cuka..bersihkan permukaan dapur dengan campuran tadi. Kaedah ini bahaya kerana akan menipiskan enamel yang melapisi gigi hingga warna gigi terlihat lebih gelap.
Mahukan gigi seperti ini?Produk seperti susu dan yogurt membantu mengembalikan gigi yang putih dan kuat melalui kalsium yang terkandung dalamnya..selain itu..anda boleh gosokkan strawberry pada gigi.Strawberry membantu menggilap dan mambunuh bakteria pada gigi anda..Hal lain yang perlu anda ketahui, proses bleaching tidak menjamin warna gigi akan putih seperti mutiara kerana rentang warna gigi setiap orang adalah berbeza..

 








❀◕ ‿ ◕❀ SHARING IS CARING ❀◕ ‿ ◕❀

Tuesday, April 24, 2012

RAHASIA DISEBALIK SECAWAN KOPI..


Pagi    : Kopi
T/Hari : Kopi
Petang : Kopi
Malam : Kopi

        Ramai antara kita adalah penggemar kopi. Untuk mengatasi masalah mengantuk juga biasanya kita akan menghirup secawan kopi/nescafe. Kita menikmati kopi tanpa mengambil tahu bahan kimia apakah yang terkandung dalam kopi.Umumnya telah mengetahui tentang kafein.Kafein adalah sejenis dadah yang terhasil secara semulajadi dalam daun dan biji beberapa jenis tumbuhan. Kafein boleh ditemui dalam biji kopi,daun teh dan biji koko.Kafein juga digunakan dalam beberapa minuman ringan berkarbonat.Antaranya ialah cola.

        Kafein bukan sahaja boleh meningkatkan risiko keguguran dan ketidaksuburan,tetapi juga boleh mencacatkan bayi sewaktu dilahirkan.Pengambilan kafien yang unggul ialah 100mg sehari iaitu lebih kurang secawan kopi sehari.Bukan itu saja...pengambilan kafein juga boleh menyebabkan badan kehilangan kalsium yang membawa kepada penyakit osteoporosis.Osteoporosis adalah keadaan kemerosotan normal tulang, menyebabkan tulang menjadi rapuh.Tulang yang mempunyai masalah osteoporosis pula boleh retak hanya disebabkan kecederaan ringan.

         Kafein juga dipercayai boleh mengakibatkan ulser kerana bahan ini merangsang penghasilan asid dan peptin dalam perut.Ada lagi..selain membuatkan seseorang itu menjadi ketagih,terdapat bukti yang menyatakan bahawa kafein boleh menyebabkan denyutan jantung seseorang itu tidak menentu yang mana akan membawa kepada masalah jantung.So,jom kurangkan pengambilan kafein setiap hari.

❀◕ ‿ ◕❀ SHARING IS CARING ❀◕ ‿ ◕❀

Thursday, February 16, 2012

10 cara mudah nak kempiskan perut.

  1. Joging 30 minit sekali  dalam seminggu lakukan sebanyak tiga kali.
  2. Kurangkan pengambilan gula anda dalam sehari.
  3. Belilah mana-mana CD exercise yang ada di pasaran. Ikut la senaman yang ada kat dalam CD tu.
  4. Lebihkan untuk memakan makanan seperti sayur-sayuran dan juga buah-buhan.
  5. Lebihkan untuk meminum susu tanpa lemak berbanding susu biasa . nak tahu susu tu ada lemak atau tanpa lemak, selalunya boleh tengok kat label dia.
  6. Makan 3 jam sebelum anda tidur. Elakkan makan kemudian tidur.
  7. Lakukan sedikit sit-up.
  8.  Makan banyak kali dalam kuantiti sedikit lebih baik berbanding makan dalam kuantiti banyak dalam sekali sesi.
  9. Minum 6 hingga 8 gelas air sehari. Ia membantu juga dalam proses pencernaan. Jangan percaya dengan mitos minum banyak air, perut kembung dan akan menyebabkan boroi.
  10. Bersederhana dalam mengawal diet makanan anda, mungkin anda boleh makan makanan kesukaan anda sekali dalam 2 minggu. Ini kerana, jika anda terlalu mengawal pemakanan anda, tidak mustahil anda akan kembali kepada habit makanan anda yg sebelum ini.


❀◕ ‿ ◕❀ SHARING IS CARING ❀◕ ‿ ◕❀

Wednesday, January 25, 2012

Petua Menghilangkan Bekas Jerawat


Hello Readers..ha..kali ni candles nak share kat korang cara nak hilangkan bekas jerawat..sesiapa yang ada bekas jerawat dan inging membuangnya bolehlah ikuti petua di bawah ini.selamat mencuba..



Petua 1 : Ambil sepotong ubi kayu. Kupas kulitnya. Buang kulitnya. Bersihkan. Parutkan. Perah untuk dapatkan airnya. Sapukan air perahan pada muka anda yang ada bekas jerawat. Lakukan setiap hari selama seminggu. Insya-Allah, kesannya memuaskan.
Petua 2 : Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada bekas jerawat. Amalkan selama seminggu.
Petua 3 : Ambil 10 helai daun sireh muda, Bersihkan dan tumbuk lumat. Muka hendaklah dibersihkan dengan air suam dan sapukan sireh pada muka terutama di bahagian bekas jerawat. Biarkan kira-kira setengah jam atau hingga kering. Cuci muka bersih-bersih dan lap kering. Amalkan 3 kali seminggu.
Petua 4 : Selain daripada ulam yang enak dan berkhasiat, pegaga juga boleh digunakan untuk menghilangkan tanda hitam parut jerawat di muka. Caranya ialah dengan mengisar daun pegaga dengan bedak sejuk dan air secukupnya. Pupukkan adunan tersebut di tempat tanda hitam parut jerawat di muka anda setiap hari atau setiap malam sebelum tidur. Campuran kisaran pegaga dan bedak sejuk tersebut boleh disimpan di dalam peti sejuk dengan memasukkannya ke dalam botol yang kering.
Petua 5 : Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Esoknya, cucilah dengan air suam.
Petua 6 : Tumbuk sepuluh helai daun sireh muda. Tempelkan pada muka terutama bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.
Petua 7 : Kisar timun dan tapis airnya.Tampalkan hampas timun pada wajah yang berparut. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci dengan air suam.

❀◕ ‿ ◕❀ SHARING IS CARING ❀◕ ‿ ◕❀

Tuesday, January 24, 2012

Minum Air Untuk Badan

MENGANTUKNYA! Setiap kali selepas makan tengah hari mesti mengantuk. Kadangkala rasa tidak larat hendak buka mata. Rasanya bukan sebab tidak cukup tidur sebab tiap-tiap malam aku tidur nyenyak, rungut seorang rakan yang beberapa kali tersengguk-sengguk depan komputer.
Sememangnya, mengantuk selepas makan bukan disebabkan kurang tidur, sebaliknya ia menandakan kita dahaga dan badan tidak cukup air. Ramai tersilap menafsirkan keperluan badan terhadap air dengan rasa lapar.
Dahaga bukan petanda terbaik untuk memberitahu badan memerlukan air kerana sensitiviti terhadap dahaga semakin berkurang apabila umur meningkat, terutama pada orang tua. Badan kita hanya boleh mengawal keseimbangan air hingga satu peringkat tertentu.
Paras garam akan meningkat apabila simpanan air dalam badan berkurang. Otak akan mengesan perubahan keseimbangan ini dan memberi isyarat kepada buah pinggang untuk mengurangkan kehilangan air serta mencetuskan rasa dahaga.
Bagaimanapun, cetusan rasa dahaga ini berlaku lewat. Biasanya apabila kita berasa dahaga, badan sudah kehilangan kira-kira dua cawan cecair badan. Kehilangan ini boleh menimbulkan pelbagai implikasi.
Air adalah unsur penting dalam badan. Badan lelaki membabitkan 65 peratus air dan 55 peratus bagi wanita. Air bertindak sebagai pelarut, penyejuk, pelincir dan agen pengangkut nutrien ke seluruh badan.
Kandungan air dalam badan setiap orang adalah berbeza mengikut kandungan lemak masing-masing. Secara umumnya, jumlah peratusan air dalam badan orang yang tidak banyak lemak adalah lebih tinggi. Kira-kira 70 peratus berat otak, 75 peratus berat jantung, 90 peratus berat paru-paru dan 82 peratus kandungan darah membabitkan air.
Badan mengalami kehilangan air sepanjang masa iaitu hampir 80 peratus sehari, walaupun kita tidak aktif. Kehilangan ini berlaku melalui air kencing, najis, peluh dan pernafasan. Setiap kali menghembuskan nafas, kita kehilangan air dalam bentuk wap. Jika dikumpulkan, kita mungkin boleh dapat satu atau dua gelas air yang hilang melalui pernafasan.
Ini sebabnya pakar kesihatan menyarankan kita minum sekurang-kurangnya lapan gelas atau satu liter air setiap hari. Sumber air bukan hanya daripada air minuman kerana ia juga ada dalam makanan, buah-buahan dan sayur-sayuran.
Berapa banyak air yang kita perlukan?
Secara umumnya setiap orang memerlukan sekurang-kurangnya lapan gelas air atau satu liter air sehari. Namun, jumlah ini berbeza antara setiap individu, aktiviti dilakukan dan cuaca tempat tinggal. Tentu saja jika kita melakukan senaman pada hari panas, kita kehilangan lebih banyak air melalui peluh.
Air yang keluar ini perlu diganti segera, sama ada ketika atau selepas bersenam, untuk mengelak masalah kekeringan. Kehilangan banyak air menyebabkan tekanan darah turun mendadak, bekalan oksigen ke otak menurun dan jika terlalu serius, ia boleh membawa maut.
Jika terlalu banyak minum, tidakkah akan berlaku keracunan air? Memang boleh, tetapi ia jarang berlaku. Sebenarnya sukar bagi orang sihat mengalami keracunan air. Ia biasanya berlaku pada bayi. Malah, individu yang alami masalah berat badan berlebihan perlu minum lebih banyak air, iaitu segelas bagi setiap 11 kilogram melebihi berat badan unggul.
Mereka yang bercita-cita mengurangkan berat badan juga digalakkan minum banyak air. Kekurangan air merendahkan kadar metabolisma dan badan tidak boleh memecah dan menggunakan lemak dengan berkesan. Akibatnya, proses menurunkan berat badan menjadi lebih sukar.
Masalah retensi air atau ketidakbolehan badan mengeluarkan air dari pundi kencing menjadi lebih buruk jika kita tidak mendapat cukup air. Ada kalanya masalah ini boleh diatasi dengan minum lebih banyak air untuk menggalakkan pembuangan air berlebihan.
Oleh kerana kebanyakan zat makanan larut dalam air, mungkin ada yang risau ia dibuang melalui air kencing. Jangan risau. Masalah ini tidak berlaku kerana buah pinggang kita mempunyai sistem penapisan yang cerdik. Hanya bahan tidak berguna dibuang. Semua khasiat makanan diserap ketika dalam usus dan dimasukkan ke dalam darah untuk diagihkan ke seluruh badan.
Sebenarnya ramai mengalami masalah kekurangan air tanpa disedari. Malah, ramai juga berkata tidak mahu kerap berulang ke tandas sebagai alasan untuk tidak minum banyak air. Tindakan ini sebenarnya meracun diri kerana tanpa air yang cukup, badan sukar mengeluarkan bahan toksik dan boleh berkumpul membentuk batu karang.
Tanpa air yang cukup juga, nutrien daripada makanan tidak dapat diagihkan dengan baik dan menyebabkan lebih banyak lemak terkumpul dalam badan. Bentuk dan saiz otot turut berubah. Paling malang, jika kekurangan air meningkatkan paras bahan toksik hingga membahayakan nyawa.
Kesan kekurangan cecair
Kajian menunjukkan kehilangan dua peratus cecair badan boleh menyebabkan:
Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek)
Sukar membuat kiraan, walaupun yang mudah
Sukar memberi tumpuan terhadap perkara dilakukan terutama pada skrin komputer atau bahan bacaan bercetak
Tekanan darah menurun
Jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurang menyebabkan rasa mengantuk
Lesu pada waktu siang
Sakit belakang
Dehidrasi
Sakit kepala
Memperlahankan kadar metabolisma
Meningkatkan risiko kanser usus, pundi kencing dan payu dara
Sendi dan otot mengalami kekeringan
Menyukarkan penyingkiran bahan toksik
Meningkatkan keinginan untuk makan
Darah menjadi pekat
Mudah keliru.
Degupan jantung meningkat
Menjejaskan tindak balas kimia dalam badan.

❀◕ ‿ ◕❀ SHARING IS CARING ❀◕ ‿ ◕❀


Segala yang tercatat di atas adalah milik blog ini.Namun sesetengah entry diambil dari beberapa sumber rujukan.