Hey ! korg dah masuk blog Candles Cutiepie! Selamat datang dan selamat membaca. Follow jika sudi !
My Thought Unspoken: Kisah Arnab Berlumba Dengan Kura-Kura

Thursday, January 26, 2012

Kisah Arnab Berlumba Dengan Kura-Kura

Hello Readers.. 
Untuk ketegori STORY TIME, kali ini Candles akan bercerita pula.. Cerita yang sering kita dengar ketika kita masih kecil iaitu 'KISAH ARNAB BERLUMBA DANGAN KURA-KURA'..

Pada suatu hari, arnab keluar bersiar-siar.
Arnab ternampak kura-kura sedang merangkak perlahan-lahan.
"Ha! Ha! Ha!" arnab ketawa.
"Kura-kura berjalan sangat Perlahan," kata arnab dalam hatinya.

Arnab serega pergi berjumpa dengan kura-kura.
"Wahai kura-kura mahukah engkau berlumba lari denganku?" arnab bertanya.
"Satu,dua,tiga!" arnab membilang. Perlumbaan pun bermula.
Arnab berlari sangat laju. Kura-kura merangkak perlahan.
Di pertengahan jalan, arnab berehat di bawah sebatang pokok. 
Kemudian,arnab tertidur. 
Kura-kura terus merangkak. 


Akhirnya, kura-kura sampai di garisan penamat.
Arnab terjaga daripada tidurnya.
Arnab terus berlari sekuat hati.
Tetapi kura-kura sedah berada di garisan penamat.
Arnab kalah dalam perlumbaan itu..
Arnab berasa sangat malu.

NILAI MURNI: 
Jangan sekali-kali memandang rendah terhadap orang lain. Setiap orang mempunyai keistimewaan dan kelebihan masing-masing.






❀◕ ‿ ◕❀ SHARING IS CARING ❀◕ ‿ ◕❀

0 comments:

Post a Comment

Segala yang tercatat di atas adalah milik blog ini.Namun sesetengah entry diambil dari beberapa sumber rujukan.